Jumaat, 31 Disember 2010
Nasi Ayam 2010
Nasi ayam ini merupakan resepi terakhir saya sebelum menjelang tahun baru 2011. Saya masak nasi dengan cara mengukus kerana dengan cara ini tidak perlu risau nasi menjadi lembik atau mentah dan boleh memasak dalam kuantiti yang banyak. Keluarga sebelah suami datang ke rumah, jadi saya memilih menu nasi ayam sebagai hidangan. Menyediakan nasi ayam lebih mudah berbanding makanan berlauk yang memerlukan beberapa jenis resepi. Kebetulan pula pada sebelah petang saya ada beberapa urusan dan agak lewat pulang ke rumah. Syukurlah selesai sahaja mereka membaca Surah Yasin beramai-ramai, nasi pun masak...panas-panas lagi tu...
Saya menyediakan untuk seramai 28 orang ahli keluarga termasuk kami anak beranak di rumah. Sukatan nasi ayam saya lebih dari cukup untuk semua. terpulanglah ikut sukatan masing-masing. Asas memasak nasi ayam bolehlah ikut cara seperti di bawah. Tidak semestinya kena masak dengan pengukus, boleh gunakan rice cooker atau masak di atas dapur gas. Jangan risau pasal pengukus kalau tak ada .....
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (direbus untuk mendapatkan air rebusannya)
15 cawan beras
5 ulas bawang putih (hiris nipis)
halia (hiris nipis)
bunga lawang
kayu manis
buah pelaga
4 kiub pati ayam
5 sudu marjerin
daun pandan
Cara:
1. Panaskan kuali saiz besar. Masukkan marjerin dan goreng bawang putih, halia, bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga dan kiub ayam. (Sementara itu didihkan air dalam pengukus )
2. Masukkan air rebusan ayam. Biarkan terus mendidih.
3. Masukkan beras. Takat air mesti melebihi beras supaya beras boleh mengembang. Masukkan daun pandan. gaul rata sehingga beras kembang dan mengering.
4. Buka penutup periuk pengukus yang sedang mendidih. Masukkan nasi / beras tadi ke dalam kukusan. Tutup rapat. Biarkan selama 20 minit.
5. Buka penutup periuk pengukus dan balik-balikkan nasi supaya masak sekata. Sekiranya nasi masih belum masak, siram dengan air rebusan ayam yang masih panas. Tutup rapat antara 10 hingga 15 minit.
6. Apabila masak, bolehlah diangkat.
Ayam Goreng (Nasi Ayam)
Pertama kali belajar masak nasi ayam pada tahun 1989 daripada seorang rakan semasa menuntut di universiti. Waktu itu sibuk musim konvokesyen dan saya dilantik menjadi setiausaha masakan untuk gerai kami. Penat memang penat....tiga hari tiga malam berjualan di gerai... seronoknya tak terkata sebab apa yang dimasak habis dibeli/dimakan orang. Entah sedap entah tidak.... he he ...bila kira balik segala modal dan sebagainya, juru audit persatuan umumkan keuntungannya berniaga tiga hari tiga malam berjumlah...-+RM40...... kih kih kih... tapi saya dapat belajar masak nasi ayam yang pada mulanya saya anggap tidak mampu untuk saya lakukan. Walaupun saya sudah biasa masak nasi ayam, tetapi rasa masakan nasi ayam yang pertama dahulu masih terasa enak dan harumnya.... hmmmm ... terima kasih Najwa.... mudah2an terus sudi menabur ilmu masak-memasak untuk dikongsi. Di bawah ini gambar ayam goreng untuk lauk nasi ayam tapi saya ubahsuai mengikut citarasa kami sekeluarga.
Bahan-bahan: (untuk hidangan 28 orang)
4 ekor ayam sederhana besar di belah dua
Bahan untuk perapan:
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
lada putih (ditumbuk)
serbuk kunyit
sos tiram
kicap pekat
sedikit garam/ gula jika suka
minyak bijan
minyak
Bahan untuk sos:
sos tiram
kicap
minyak bijan
Satukan bahan untuk sos dan didihkan sebentar.
Bahan untuk sambal:
10 biji lada merah (buang biji jika mahu)
2 biji tomao
5 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1inci halia muda
garam / gula
perahan limau kasturi / cuka
Kisar semua bahan di atas.
Cara:
1. Gaul semua bahan perapan bersama ayam selama 1/2 jam.
2. Goreng menggunakan minyak yang banyak. Api jangan terlalu kuat supaya ayam masak sekata.
3. Angkat jsetelah masak atau jika kelihatan kuning kemerahan.
4. Cincang atau potong mengikut suka dan susun di atas pinggan yang dihias dengan daun salad, timun dan hirisan tomaso
5. Tuangkan sos minyak bijan di atas ayam goreng.
6. Sediakan sambal bersama ayam goreng tadi.
Bahan-bahan: (untuk hidangan 28 orang)
4 ekor ayam sederhana besar di belah dua
Bahan untuk perapan:
bawang putih (ditumbuk)
halia (ditumbuk)
lada putih (ditumbuk)
serbuk kunyit
sos tiram
kicap pekat
sedikit garam/ gula jika suka
minyak bijan
minyak
Bahan untuk sos:
sos tiram
kicap
minyak bijan
Satukan bahan untuk sos dan didihkan sebentar.
Bahan untuk sambal:
10 biji lada merah (buang biji jika mahu)
2 biji tomao
5 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1inci halia muda
garam / gula
perahan limau kasturi / cuka
Kisar semua bahan di atas.
Cara:
1. Gaul semua bahan perapan bersama ayam selama 1/2 jam.
2. Goreng menggunakan minyak yang banyak. Api jangan terlalu kuat supaya ayam masak sekata.
3. Angkat jsetelah masak atau jika kelihatan kuning kemerahan.
4. Cincang atau potong mengikut suka dan susun di atas pinggan yang dihias dengan daun salad, timun dan hirisan tomaso
5. Tuangkan sos minyak bijan di atas ayam goreng.
6. Sediakan sambal bersama ayam goreng tadi.
Itik Panggang
The Ugly Duckling.... he he itu kisah sedih telur angsa yang tersesat masuk ke sarang telur ituk... ini nak cerita tentang masakan itik. Tidak semua menggemari itik, dan tidak semua orang pernah makan daging itik. Waktu kecil-kecil dulu, jiran suka bagi lauk itik masak kicap. Pernah sekali saya teringin makan itik, jadi emak suruh ayah beli itik... waktu tu esok nak raya...saya sendiri kena kerjakan itik nan seekor tu....ingat lagi harganya 13 ringgit (tahun 1980-an). Emak biarkan saya masak sendiri sebab katanya saya 'mengidam' itik. Saya masak rendang tapi oh Tuhan! Liatnya daging itik! Berjam-jam lamanya menunggu daging itik menjadi lembut. Lepas tu taubat tak mahu masak dan tak teringin lagi makan daging itik. Dah lupa pasal itik... tapi dapat jodoh keluarga yang mempunyai ternakan itik. Dari sebelah suamilah saya banyak belajar tentang masakan daging itik. Tapi resepi kali ini saya ubahsuai sendiri, cuma asasnya saya ikut cara mereka untuk melembutkan daging itik. Sebenarya kalau pandai masak daging itik, memang rasanya sedap....
Bahan-bahan:
1 ekor itik
10 biji bawang putih (dipecahkan)
1 labu bawang besar (dicincang)
halia (dicincang)
stok ayam
Bahan untuk memerap (panggang)
sos tiram
lada putih
mentega
Cara:
1. Panaskan air dalam periuk atau kuali saiz besar.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.
3.Masukkan itik dan stok ayam.
4. Rebus hingga empuk dengan api perlahan. (saya ambil masa 2 jam sehingga airnya menjadi pekat... boleh buat sos)
5. Angkat dan toskan.
6. Lumurkan dengan bahan untuk memerap.
7. Panggang dengan api perlahan dalam oven.
8. Keluarkan dan potong ikut suka. tuang lebihan air rebusan yang pekat tadi sebagai sos.
Selamat menjamu selera.
Peria Goreng Udang Kering
Eloklah kita gandingkan lauk berlemak-lemak dengan sayur pahit seperti peria. Saya masak biasa saja sama seperti rakan-rakan yang lain masak. Mungkin juga paparan resepi semudah ini dapat membantu rakan-rakan muda terutama adik-adik dan anak remaja yang sedang berjinak-jinak dengan dapur untuk mencubanya. Sebenarnya pahit peria membawa banyak khasiat kerana kajian menunjukkan peria merupakan sumber vitamin yang baik di samping rendah kalori dan berfiber tinggi. Peria juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese. Dan banyaklah khasiat lain seperti baik untuk pengidap diabetis... dan..dan...dan.... saya tak boleh lupa makan kerabu peria dan peria goreng garing. Harap suatu hari nanti saya akan buat resepi itu.
Bahan-bahan:
1 biji peria sederhana besar
50 gram udang kering (rendam seketika dan kemudian ditumbuk)
2 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji lada merah (dihiris)
minyak
serbuk pati belacan
Cara:
1. Bersihkan peria dan hiris ikut suka.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan hirisan lada merah.
3. Masukkan hirisan peria dan gaul rata.
4. Pecahkan 2 biji telur di atas peria dan dan biarkan seketika. Gaul lagi.
5. Taburkan serbuk pati belacan.
6. Siap. Boleh angkat dan hidangkan.
1 biji peria sederhana besar
50 gram udang kering (rendam seketika dan kemudian ditumbuk)
2 biji telur
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 biji lada merah (dihiris)
minyak
serbuk pati belacan
Cara:
1. Bersihkan peria dan hiris ikut suka.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis kesemua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan hirisan lada merah.
3. Masukkan hirisan peria dan gaul rata.
4. Pecahkan 2 biji telur di atas peria dan dan biarkan seketika. Gaul lagi.
5. Taburkan serbuk pati belacan.
6. Siap. Boleh angkat dan hidangkan.
Ayam Masak Stik
Saya ingat masakan 'stik' tu panggang.... tapi lain pula ceritanya dengan keluarga sebelah suami. Saya bayangkan daging atau dada ayam, itik atau angsa atau sekurang-kurangnya daging itik Peking yang dipanggang dan dimakan bersama pan cake serta sos Hoisin. Bukan... jangkaan saya tidak betul. Mereka namakan masakan mereka 'stik' dan rasanya pun tidak kurang enaknya. Anak-anak saya pun suka masakan begini. Sekali-sekala saya memasaknya sebab caranya pun sangat mudah. Cuma saya tokok tambah dengan kentang. Inilah rupa 'stik' atau 'stek' yang saya pelajari daripada mak mentua saya. Masakan ini menggunakan asam jawa dan lada putih yang agak banyak. Saya tak pasti pula adakah memang memerlukan banyak lada putih atau sebab mak mentua saya mempuyai tanaman lada putih sendiri, jadi senang mendapat bekalan lada putih.
Bahan-bahan:
10 keping potongan ayam
4 biji kentang dibelah dua
1 1/2 cawan air asam jawa
garam
minyak
Bahan-bahan yang ditumbuk:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
2 sudu lada putih
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati hingga ayam layu.
3. Masukkan kentang dan air asam jawa.
4. Masukkan garam (dan serbuk perasa jika suka)
5. Tutup kuali.
6. Apabila ayam masak, kentang pun empuk.
7. Angkat dan hidangkan.
1. Goreng
Rabu, 29 Disember 2010
Wantan Soup With Dory Fillet
Selepas balik dari mesyuarat tengahari tadi, rasa letih sangat bila sampai rumah. Nak masak ikan, lupa nak pesan anak supaya keluarkan dari peti sejuk untuk direndam. Terlelaplah pulak sekejap di atas sofa... bila terjaga perut rasa lapar.... anak-anak tentu kelaparan walaupun mereka tak cakap. Saya nak masak sesuatu yang ringkas, cepat dan mudah. Oh... kelmarin ada beli wantan.... wantan goreng...memang saya paling suka.... tapi saya mahu kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Teringat isi ikan dory yang lebih cepat hilang ais berbanding ikan biasa. Saya suka masak sup ikan dory. Apa kata kalau digandingkan dalam periuk wantan dengan isi ikan dory? Okey tak?
Bahan-bahan:
300 gram isi ikan dory (dory fillet)
tepung jagung
14 ketul wantan (ready made)
lobak merah (potong ikut suka)
baby kailan (potong ikut suka)
bawang putih (dipecahkan)
1 labu bawang besar (dicincang)
sedikit lada putih (ditumbuk)
2 kiub pati ayam
Cara:
1. Hiris isi ikan nipis-nipis dan lumur dengan tepung jagung.
2. Panaskan 1 liter air dalam periuk.
3. Masukkan kiub ayam, bawang putih dan bawang besar serta lobak merah.
4. Ketika sup sedang mendidih, masukkan isi ikan yang bersalut tepung jagung satu persatu.
5. Masukkan wantan dan biarkan seketika.
6. Akhir sekali masukkan baby kailan dan serbuk lada putih.
7. Siap.
Adakah anak-anak kelaparan atau sup wantan dengan isi ikan dory ini sedap.... habis licin satu mangkuk besar. Apa pun, hari ini anak-anak saya dapat menikmati sup yang ringkas tetapi mengandungi pelbagai zat dan vitamin....Alhamdulillah.
Tofu Sos Tiram
Biasanya saya campurkan tofu dalam sup sayur atau goreng dan kemudian buatkan kuah sos tiram. Kali ini saya masak tofu sos tiram tetapi tidak dengan cara menggoreng. Saya rebus tofu terlebih dahulu dan kemudian letak sos tiram. Kedua-dua cara masak tofu sama ada goreng atau pun rebus, saya ikut cara kakak sulung saya. Saya rajin jengok kakak saya di Taman Tun Dr. Ismail. Masa tu saya sedang belajar di UM... naik bas Seri Jaya 244 dari Bus Stand Klang ke Taman Tun....Saya tengok kakak masak dan kemudian dia suruh saya makan. Ye... lah masa tu kita tengah sekolah, tak berapa pandai nak masak. Tapi saya tokok tambah sikit kicap dan lada putih dalam sos saya kali ini.
Bahan-bahan:
2 bungkus tofu (tauhu jepun)
Bahan untuk sos:
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis ABC Heinz
1 sudu tepung jagung (kacau bersama 1/2 cawan sedikit air)
5 biji lada putih (tumbuk)
Bahan hiasan:
daun sup / bawang
cili merah
bawang goreng (jika suka)
Cara:
1. Masukkan tofu yang masih berbungkus ke dalam air mendidih. Biarkan selama 3 -5 minit.
2. Masukkan kesemua bahan untuk sos ke dalam sebuah periuk. Didihkan dengan api perlahan sehingga kuah kelihatan pekat.
3. Keluarkan tofu dari bungkusan dan potong ikut suka (tebal / nipis).
4. Tuangkan sos ke atas tofu.
5. Hias ikut suka.
6. Siap.
2 bungkus tofu (tauhu jepun)
Bahan untuk sos:
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis ABC Heinz
1 sudu tepung jagung (kacau bersama 1/2 cawan sedikit air)
5 biji lada putih (tumbuk)
Bahan hiasan:
daun sup / bawang
cili merah
bawang goreng (jika suka)
Cara:
1. Masukkan tofu yang masih berbungkus ke dalam air mendidih. Biarkan selama 3 -5 minit.
2. Masukkan kesemua bahan untuk sos ke dalam sebuah periuk. Didihkan dengan api perlahan sehingga kuah kelihatan pekat.
3. Keluarkan tofu dari bungkusan dan potong ikut suka (tebal / nipis).
4. Tuangkan sos ke atas tofu.
5. Hias ikut suka.
6. Siap.
Selasa, 28 Disember 2010
Dory Fillet Panggang
Bahan-bahan:
2 keping isi ikan dory
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil sos tiram
1/2 sudu kecil sos ikan
minyak bijan
minyak
Bahan-bahan yang ditumbuk:
halia
bawang putih
lada putih
Cara:
1. Lumurkan ikan dengan bahan yang ditumbuk bersama serbuk kunyit, sos tiram dan sos ikan.
2. Panaskan kuali. Lapik dengan daun pisang (jika ada). Saya tak ada daun pisang, jadi saya letak sedikit minyak supaya ikan tidak melekat.
3. Susun ikan dan tutup. Masak antara 5-7 minit.
4. Buka penutup dan balikkan ikan. Boleh bubuh minyak bijan. Tutup semula untuk seketika.
5. Siap untuk dihidangkan.
Daging Cincang Sup Campur
Rakan-rakan yang sudi menjengah tentu sudah pernah ternampak sup kaki ayam saya yang lepas. Tujuan saya masak begitu tak lain tak bukan supaya anak-anak boleh hirup sup kerana susah sangat nak telan sayur. Sekurang-kurangnya adalah juga zat-zat tertentu yang harapnya seimbang dalam pemakanan mereka. Kali ini saya masak daging cincang sup campur pula. Caranya sama saja dengan sup kaki ayam tapi ada beberapa bahan tertentu yang berlainan. Saya tidak gunakan rempah-rempah tertentu seperti bunga lawang, kayu manis dan sebagainya dalam sup saya kecuali sedikit lada putih. Kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk sup saya kali ini.
Saya gunakan daging cincang, lobak putih, lobak merah, white fungus dan akar teratai.
Anak kedua saya sangat suka white fungus. Memang dia suka sangat bila nampak saya di dapur merendam white fungus tu. Okey.... kita lihat bahan-bahan daging cincang sup campur yang lengkap seperti di bawah.
Bahan-bahan:
300 gram daging cincang
1 batang lobak merah
1 batang lobak putih
7 hiris akar teratai
1 kuntum white fungus (rendam seketika supaya kembang dan kemudian carik2)
5 biji bawang putih (dipecahkan)
1 labu bawang besar (dicincang)
sedikit serbuk lada putih
garam atau serbuk pati ayam
Cara:
1. Masukkan air dalam periuk.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan daging cincang. Masak dengan api besar sehingga mendidih.
3. Masukkan juga lobak merah, lobak putih dan akar teratai.
4. Kecilkan api dan renih selama 45 minit.
5. Masukkan white fungus.
6. Masukkan garam atau serbuk pati ayam.
7. Siap untuk dihidangkan.
Rebung Masak Lemak Telur Puyuh
Banyak sangat kenangan kalau kita kaitkan dengan makanan. Macam juga lagu, kalau berkumandang lagu-lagu tertentu, pasti tercuit hati dan perasaan dengan peristiwa-peristiwa tertentu.Hmmmm...berhantu juga ye kenangan-kenangan lama ni. Kali ini saya nak masak rebung. Masa kecik2 dulu selalu tolong arwah ayah di nursery kelapa sawit. Ada seorang pekerja tu...perempuan tapi sampai sekarang tak tahu siapa namanya. Kami panggil makcik. Makcik ni orang Banjar... di depan rumahnya ada rumpun buluh. Selalulah makcik ni masak lemak rebung buluh dibawanya ke rumah kami. Tak cukup di rumah kami, kami datang rumahnya pula... buat apa tau.... buka periuk di dapurnya. Apalagi.......melantaklah lagi dengan rebung buluh masak lemaknya. Makcik campur rebung dengan soon dan udang kering. Memang enak.....Tak tahulah nasib makcik ni... ada lagi ke tidak sekarang ni.... dah puluh2 tahun tak jumpa. Apa pun masakan rebung buluhnya yang sangat sedap tu tetap dalam ingatan. Saya cuba masak seperti yang beliau masak tapi saya tambah sedikit....telur puyuh... he he jangan marah...
Bahan-bahan:
300 gram rebung buluh (dicelur)
15 biji telur burung puyuh (rebus dan kupas)
50 gram soon (rendam)
10 biji cili burung (ditumbuk)
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit udang kering (ditumbuk)
serbuk kunyit
1 batang serai (dititik)
2 cawan santan
garam
asam gelugor (jika suka) saya masukkan sedikit pati asam jawa
Cara:
1. Campurkan semua bahan yang ditumbuk bersama serai dan serbuk kunyit ke dalam periuk.
2. Tuang santan dan kacau rata.
3. Masak di atas api sederhana. Masukkan rebung dan soon. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah.
4. Masukkan telur puyuh.
5. Akhir sekali masukkan garam dan secubit gula.
6. Siap untuk dihidangkan.
Pisang Goreng Bersalut Bawang
Ada sesikat pisang di penjuru dapur. Kalau tak silap saya suami bawa pulang beberapa hari yang lepas. Tak pasti pula apa nama pisang tu. Rasanya macam pisang nipah atau pisang abu. Tapi di sini lain pula namanya... ada orang sebut pisang sanggar. Sekali pandang 2 atau 3 biji sudah berubah warna hijau kekuning-kuningan. Saya kalau bab kuih muih memang kurang sikit....tak kreatif. ... sayang tengok pisang ni walaupun hanya sesikat tapi nampak montel2. Ada 20 biji semuanya. Hmmmm...nak buat apa ye... hhaaa... 25 tahun yang lalu saya pernah mengikut kawan pulang ke kampungnya di Tanjung Karang. Seingat saya selama 3 hari di rumahnya, kami asyik makan pisang. Pisang nangka muda. Yang peliknya kawan saya ni goreng dengan bawang... tapi sedap. Oleh sebab hari-hari makan pisang hampir habislah pisang nangka setandan di dapur kawan tadi. Saya cuba imbas kembali bagaimana pisang goreng dengan bawang tu di buat... tengok ni... jadi kan???
Inilah rupa pisang goreng bersalut bawang. Kalau nak cuba dipersilakan. Boleh ikut kreativiti masing-masing. Bahan-bahan asas bolehlah baca di bawah. Sesetengah orang suka makan pisang goreng dengan sos atau sambal. Terpulanglah...ikut citarasa sendiri.
Bahan-bahan:
10 biji pisang muda/tua/mengkal (kupas dan belah ikut suka)
10 biji bawang merah (tumbuk jangan sampai lumat)
3 sudu tepung gandum
sedikit garam
minyak
Cara:
1. Renjis pisang dengan sedikit air. Toskan. Biar pisang basah sedikit supaya bawang boleh melekat.
2. Tabur sedikit garam.
3. Masukkan bawang tumbuk dan gaul.
4. Taburkan tepung gandum dan gaul rata.
5. Panaskan minyak. Goreng.
6. Bila pisang berubah warna kuning keemasan, angkat. Toskan minyak.
7. Siap untuk dihidangkan.
Isnin, 27 Disember 2010
Belacan
Belacan?????.......... aiiikkkkkk.....kenapa pula jadi tajuk resepi kali ini? Tentu ada sesuatu di sebalik resepi yang bernama belacan ini. Kalau nak tahu, belacan merupakan salah satu lauk tradisi masyarakat Cocos. Saya selalu perhatikan, belacan bukan sahaja dimakan sebagai salah satu lauk pauk ketika makan keluarga tetapi semasa kenduri-kendara belacan pun kadang-kadang ada.... bukan sebarang belacan ye.... Oleh kerana mereka panggil belacan saya pun beri namanya belacan juga. Kalau bagi nama lain, nanti lain pula ceritanya.... jangan lupa lauk pauk pun ada hak cipta masing-masing tau. Jom... tengok rupa belacan yang saya buat hasil menuntut ilmu dengan mak mentua saya.
Ada rupa belacan tak? Belacan tu sebahagian daripada bahan yang wajib tapi ada bahan lain yang lebih banyak daripada belacan, tak pula dijadikan nama resepi ini. Kita tengoklah apa bahan-bahan yang digunakan untuk membuat belacan ni.
Bahan-bahan:
1 keping belacan (harga 40 sen di luar kotaknya)
1 tin kecil ikan sardin (buangkan/ketepikan sosnya)
15 biji cili padi
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 biji telur
garam (kalau suka lebih masin)
minyak
Cara:
1. Tumbuk cili padi, bawang putih,bawang merah dan belacan hingga lumat.
2. Masukkan ikan sardin dan golek-golek hingga lumat bersama bahan yang ditumbuk tadi.
3. Pecahkan sebiji telur dan gaul sebati dengan bahan di atas.
4. Panaskan minyak dan gorenglah seperti menggoreng cekodok atau jemput-jemput.
5. Siap. Makan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.
Ikan Patin Masak Asam Pedas
Pernah sekali saya masak ikan asam pedas ikan tenggiri dan ketika dihidangkan mak mentua saya bertanya.... inikah asam pedas semenanjung? Saya terpinga-pinga sesaat kerana keliru memikirkan rupa masak asam pedas yang sebenar. Rasanya sudah cukup lengkap asam pedas saya dengan segala bahan-bahannya. Dari situ saya mula memahami keunikan dalam kelainan budaya hidup sebelah suami saya. Hidup bersama suku kaum yang berbeza perlu saling menghormati dan bertoleransi dalam apa jua bentuk budaya mereka. Hinggalah suatu hari ketika saya berkunjung ke kampung dan mak mentua saya sedang masak ikan lawang. Katanya masak asam pedas. Saya pun bertanya apa bahan-bahannya. Beliau dengan penuh girang mengajar saya memasak asam pedas ikan lawang. Ikan krokok (agaknya ikan baung... krokok ialah sebutan orang Cocos) dan ikan patin pun sedap masak asam pedas... itu kata beliau. Walaupun beliau telah tiada lagi, sekali sekala saya akan memasak asam pedas cara beliau terutamanya untuk ikan patin. Mari kita lihat sama-sama masak asam pedas yang beliau perturunkan kepada saya.
Bahan-bahan yang digunakan untuk asam pedas ikan patin ini lebih ringkas berbanding bahan yang kita gunakan untuk memasak asam pedas biasa. Selalunya kita perlu kisar lada kering tetapi kali ini cara penyediaannya jauh lebih mudah.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin seberat 600 gram
10 biji cili padi
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
sedikit belacan
1 sudu kecil pati asam jawa
minyak
garam
serbuk perasa (jika suka)
Cara:
1. Bersihkan ikan patin dan potong ikut suka.
2. Tumbuk cili padi bersama bawang putih, bawang merah dan belacan.
3. Panas sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
4. Bancuh pati asam jawa dengan 2 cawan air dan didihkan bersama bahan yang ditumis.
5. Masukkan ikan.
6. Bubuh garam bersama serbuk perasa (jika suka)
7. Siap.
Ahad, 26 Disember 2010
Omlet
Anak bongsu kami suka sangat makan omlet. Kadang-kadang dia buat sendiri bila tengok saya ada kerja lain. Ikut kreativiti sebenarnya macam-macam jenis omlet kita boleh buat. Malam ini saya sediakan anak bongsu saya omlet yang digemarinya tu....
Bahan-bahan:
5 biji telur
1 labu bawang besar (potong ikut suka)
5 biji cuttlefish ball (potong ikut suka)
1 biji lada merah (potong ikut suka)
1 biji tomato (potong ikut suka)
3 sudu mayonis
1 sudu serbuk pati ayam knorr
minyak
Cara:
Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan semua bahan di atas dan pukul rata. Panaskan minyak dan dadar seperti biasa. Siap.
Puding Karamel
Sebenarnya tangan saya ni kaku betul dalam bab puding, kek, kuih muih dan biskut. Tapi nampaknya pagi Ahad yang redup dan nyaman ini telah mendorong saya untuk memasak sesuatu yang bukannya lauk pauk. Malam tadi teringat kisah beberapa tahun yang lalu sewaktu sambutan aidil fitri. Datanglah segerombolan anak murid .... dan yang sangat memeranjatkan saya mereka membawa satu sarang telur... rupanya mereka pakat ramai-ramai buat puding karamel di dapur. Hasilnya sudahlah cantik sedap pulak tu. Kitapun terseganlah pulak sebab tahu makan saja. Belajarlah saya dengan mereka... dan pagi ini saya menghasilkannya untuk kali yang pertama dalam hidup saya.. he he he
Inilah rupa puding karamel saya. Tak berapa kreatif menghiasnya tapi memadailah untuk percubaan kali pertama. Kita lihat apa bahan yang digunakan. Kalau ada yang tak kena jangan segan silu tegur yea...
Bahan-bahan:
2 cawan gula
8 biji telur
2 tin susu cair
2 sudu essen vanilla
3 sudu tepung jagung
potongan buah peach
anggur hitam
ceri hijau
ceri merah
Cara:
Hanguskan gula. Jangan terlalu gelap... nanti pahit. Panaskan kukusan. Sementara itu dalam sebuah mangkuk besar, pecahkan 8 biji telur. Pukul hingga kembang. Masukkan 2 tin susu cair. Kacau. Masukkan pula 2 sudu essen vanilla dan terus pukul atau kacau lagi. (Student saya gunakan kulit limau kasturi untuk gantikan essen vanilla) Seterusnya masukkan 3 sudu tepung jagung atau tepung kastard. Pukul habis-habisan. Air kukusan pun dah mendidih ye.... Sediakan satu bekas atau loyang. Masukkan gula hangus ke dalamnya. Kemudian masukkan pula adunan puding tadi. Masukkan dalam kukusan. Saya kukus selama 20 minit. Angkat dan hiaslah ikut suka. Saya tunjukkan 2 gambar di sini. Yang di atas tu tak ada ceri. yang di bawah ada ceri.
Puaslah hari ini kami makan puding karamel. Habis sepotong makan sepotong lagi.... dah berazam dalam hati lain kali buat yang lebih sedap dan lebih cantik....
Sabtu, 25 Disember 2010
Cekuk Manis Goreng Anak Sotong Kering
Beberapa hari yang lepas sewaktu meninjau-ninjau di sebuah supemarket bersama suami, terpandanglah oleh saya bungkusan-bungkusan kecil berisi sotong kering yang kecil-kecil. Saya teringat puluhan tahun yang lalu, emak angkat saya suka masak sambal sotong begini tapi saya hanya tahu makan... tak pernah pun melihat bagaimana cara masakannya. Rasa terliur pula bila teringat sambal sotong tu..... belilah dua bungkus. Kebetulan pula kelmarin suami beli sayur cekuk manis. Apa pula rasanya ya kalau saya gandingkan sotong kecil itu bersama sayur cekur manis? Ha... tak payah banyak fikirlah....dah siap pun...
Macam biasalah kalau goreng menggoreng sayur bahannya sama saja. Caranya pun begitu juga. Saya rendamkan dulu anak-anak sotong kering ini dan nampaknya ia kembang sedikit. Bahan-bahan untuk sayur kali ini seperti di bawah ini.
Bahan-bahan:
300 gram pucuk cekur manis
250 gram anak sotong kering
3 biji cili merah (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit belacan (ditumbuk)
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk pati ayam knorr
minyak
Cara:
Tumiskan semua bahan yang ditumbuk hingga wangi. Masukkan anak sotong kering dan tambah sedikit air untuk melembutkan anak sotong kering. Apabila telah masak, masukkan pucuk cekur manis dan terus tutup kuali selama2 hingga 3 minit. Penutup dan gaul rata. Masukkan sos tiram dan tabur serbuk pati ayam knorr. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
**** Saya sudah tersalah masak. Sepatutnya saya bersihkan anak sotong kering dan bukannya rendam terus masak begitu saja. Anak sotong kering saya besar sedikit saiznya berbanding anak sotong kering emak angkat saya. Tak apalah kan...kita belajar dari kesilapan. Ada satu paket lagi anak sotong kering. Saya cuba masak sambal macam emak angkat saya masak dulu....
Ikan Baulu Kerabu Mangga & Asam Rebus
Ada lagi seekor ikan baulu seberat 1kg dalam peti sejuk.... biasalah anak-anak memang tak mahu makan ikan rebus-rebus... tapi orang tuanya memang mahu sebab dah lama sedar tentang masalah kolesterol... tak apalah. Ikan nan seekor itu saya potong kepada 2 bahagian. Bahagian ekor goreng untuk anak-anak dan bahagian kepala masak rebus asam untuk emak bapaknya... bahagian yang digoreng tu saya tambahlah sedikit eksesori menjadi baulu kerabu mangga...
Senang saja buat baulu kerabu mangga ni...goreng ikan macam biasa. Toskan minyaknya dan kemudian sediakan bahan-bahan untuk kerabunya.
Bahan-bahan:
2 biji mangga muda (kupas dan cincang)
1 kuntum bunga kantan (dimayang halus)
2 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 biji lada hijau (dihiris)
1 biji lada merah (dihiris)
2 biji limau kasturi (perah airnya)
1 sudu kecil sos ikan
Cara:
Gaul semua bahan yang dicincang dan dihiris. Perahkan air limau kasturi dan tambah satu sudu kecil sos ikan. Gaul rata dan terpulanglah hendak letak atau susun di bahagian mana bersama dengan ikan baulu goreng tadi. Selamat mencuba ya... kepada yang berminat jangan segan silu ....
Yang ini pula bahagian kepala ikan baulu. Masakan yang mudah, cepat dan berkhasiat...pendek kata pengambilan diet yang sihat. Tengok di bawah apa bahannya ye..
Bahan-bahan:
3 potong ikan baulu
1 biji lada hijau (potong 2)
1 biji lada merah (potong 2)
1 biji tomato (belah 4)
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
3 ulas bawang putih (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 sudu serbuk pati ikan bilis
Cara:
Didihkan air dalam periuk. Masukkan hirisan bawang putih dan bawang merah dan asam gelugor serta serbuk kunyit. Masukkan ikan dan biarkan seketika. Apabila ikan masak, masukkan serbuk pati ikan bilis, lada hijau dan lada merah serta potongan tomato. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
Popia Udang
Bila hujan sepanjang hari rasa malas nak bergerak.... tapi memandangkan dah janji dengan anak kelmarin...dan anak pun sudah menagih janji itu. Dengan bantuan anak-anak (semua lelaki) siaplah hidangan ringan untuk petang yang mendung ini... popia, yang paling saya gemar dan kalau emak borek anak pun rintik. Habislah 50 keping kulit popia saiz besar digulung-gulung dengan intinya... dah habis jugalah petang tadi...demikianlah ceriteranya....
Bahan-bahan:
1 paket kulit popia saiz besar
400 gram udang dicincang
2 batang lobak merah dicincang
3 kuntum cendawan kering (rendam dan cincang)
1 tin jagung (toskan airnya)
5 biji bawang putih dicincang
1 labu bawang besar dicincang
1 sudu sos tiram
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 biji telur
minyak
Cara:
Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan yang dicincang satu persatu disertai dengan jagung. Masukkan sos tiram dan taburkan serbuk pati ikan bilis. Angkat dan toskan (sekiranya berair). Bolehlah letak di atas kulit popia dan gunakan putih telur untuk melekatkan kulit popia. Goreng menggunakan minyak yang banyak dan jangan gunakan api yang terlalu panas. Saya hidangkan dengan sos cili thai serta minuman teh halia.
Nasi Goreng Kampung Dengan Sayur Campur Sea Food
Menjelang petang, badan pun rasa lenguh asyik duduk mengadap kerja yang masih belum siap. Suami tanya, nak masak apa untuk malam ni? Entahlah.... nak masak apa pula ye....Idea memasak pun macam dah tumpul.Tiba-tiba terasa macam dah lama tak makan nasi goreng...... jadi sementara menunggu nasi masak dalam rice cooker, saya dan suami keluar sekejap ke supermarket kat depan rumah tu... tengok2 apa yang boleh dibeli untuk menyiapkan nasi goreng kami...
Rasanya tak lengkap nasi goreng kampung yang saya masak hari ini. Jadi saya lengkapkanlah dengan memasak sayur campur. Biasa saja cara goreng nasi kampung. Mudah dan ringkas. Kita lihat apa bahan dan bagaimana menyiapkannya untuk menjadi satu hidangan.
Bahan-bahan:
3 cawan nasi putih
1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji
50 gram ikan bilis (digoreng)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit belacan (ditumbuk)
lobak merah (dicincang)
1 cawan jagung tin
2 biji telur
5 biji cili padi (dihiris)
minyak
daun bawang (dihiris)
Cara:
Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan-bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan lobak merah dan jagung. Masukkan 2 biji telur. Gaul rata. Masukkan nasi putih. Taburkan 1 paket perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji. Gaul lagi dan jangan lupa masukkan ikan bilis goreng. Sebelum diangkat taburkan hirisan cili padi dengan daun bawang. Saya letakkan sedikit minyak bijan sebab anak-anak suka aromanya.
Bahan-bahan Sayur Campur Sea Food
10 ekor udang kertas
10 biji vege cuttlefish ball
kacang manis
cendawan segar
lobak merah
sos tiram
pati ayam knorr
minyak jagung
3 ulas bawang putih dan merah (ditumbuk)
Cara:
Panaskan minyak jagung. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan udang dan vege cuttlefish ball. Gaul rata dan kemudian masukkan lobak merah, cendawan serta kacang manis. Campur sedikit sos tiram dan taburkan satu sudu kecil pati ayam knorr. Saya hidangkan sekali dengan nasi campur. Jemput nikmati jamuan mata... oh ya...SELAMAT ULANG TAHUN UNTUK ADIK SAYA... JAWIAH YANG KE 39 PADA HARI INI.
Jumaat, 24 Disember 2010
Sayap Ayam Panggang
Saya gunakan kreativiti sendiri dalam penyediaan sayap ayam panggang. Saya sukakan aroma sate... itu sebabnya saya campurkan beberapa bahan tertentu seperti rempah untuk menimbulkan aroma yang sangat saya gemari itu... Senang je.. campur gaul bahan-bahan kisar termasuk bawang putih,merah, serai, halia, sedikit ketumbar, jintan putih, jintan manis, sos tiram, kicap manis ABC Heinz dan juga sedikit pati asam jawa. Oh ya...masuk sedikit serbuk kunyit. Nak lebih masin boleh tambah gram sedikit. Perap seketika sebelum di panggang. Dah siap...
Sayap panggang ni kami makan cecah sos kicap. Sedap dan sangat mudah. Tumbuk beberapa biji cili api dengan bawang putih. Campurkan dengan pati asam jawa atau perahan limau kasturi. Tambah 5 sudu kicap manis ABC Heinz....mmmm...yummy ... atau kicap Cap Kipas Udang...he he selamat menjamu mata yea....
Ikan Siakap Kukus
Sebenarnya malam tadi keletihan... tak sempat nak n3...tak apalahkan...sama saja rupa masakan tu, tak basi pun... he he he... mari kita lihat apa hasil masakan saya tu... ha..saya ada seekor ikan siakap seberat 900 gram. Memang dah cadang nak masak kukus...jadi ke tak yea...
Siang ikan terlebih dahulu. Sebelah suami saya kata 'rawat' ikan. Tak kisahlah apa istilah pun. Yang penting tercapai maksudnya iaitu bersihkan... buang segala yang tak diperlukan... Kemudian saya belah ikan tu....saya nak buat apa nih? Saya lumurkan dengan sedikit garam dan tepung jagung...saya panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kata nak kukus tapi kenapa pula panaskan minyak...he he
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (belah 2 dari perut....bukan potong)
tepung jagung
cili benggala hijau, kuning dan merah
5 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
halia*
halia (dihiris halus)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis ABC Heinz
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu sos tomato
1 sudu kecil pati asam jawa
garam
minyak
*** ditumbuk lumat
Cara:
Sediakan periuk pengukus sementara menggoreng ikan yang dilumur dengan garam dan tepung jagung hingga setengah masak. Pindahkan ikan goreng tadi ke dalam periuk pengukus yang sedia panas mendidih. Saya taburkan dengan sedikit hirisan halia. Tutup. Sementara menunggu ikan masak sepenuhnya, saya sediakan kuahnya. Gunakan sedikit minyak untuk menggoreng bahan yang ditumbuk. Masukkan sos tomato, sos ikan, sos tiram dan kicap serta pati asam jawa. Sekiranya agak pekat, masukkan sedikit air panas. Apabila mendidih masukkan hirisan cili benggala merah, hijau dan kuning. Biarkan seketika dan tutup api. Buka tutup pengukus dan masukkan kuah tadi ke atas ikan. Tutup semula untuk beberapa minit. Bolehlah diangkat dan hidangkan.
Rabu, 22 Disember 2010
Ketongkeng Goreng Manis
Agaknya anak kedua saya tidak puas makan ketongkeng ayam berempah siang tadi. Maklumlah ketongkeng penuh berlemak... saya hadkan pengambilan untuk diet anak-anak. Oleh kerana sampai ke malam si anak tadi asyik merengek-rengek, tak sampai pula hati untuk mengecewakannya. Saya cuba masak seringkas mungkin dan hasilnya seperti yang rakan-rakan lihat di bawah....
Bahan-bahan:
600 gram ketongkeng ayam
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia muda (ditumbuk)
1 sudu lada putih (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
secubit garam
2 sudu besar kicap manis ABC Heinz
1/2 sudu kecil pati asam jawa
1/2 sudu gula pasir
minyak
Cara:
Gaul kesemua bahan di atas dan perap seketika. Panaskan minyak dan goreng. Apabila ketongkeng berwarna merah kuning keemasan,bolehlah angkat dan toskan.
Ketongkeng Goreng Berempah
Semasa saya sedang menyiapkan tugasan di ruang kerja, anak saya yang kedua menegur.... mummy masak apa tengahari ni? Saya teringat ikan senangin dan gelama yang sedang saya rendam di dalam sinki dapur. Belum sempat saya menyahut, anak tadi menyambung...jangan lupa masak ...... (ketongkeng ayam tu lah..) Sebenarnya agak sukar untuk merealisasikan hasrat mengurangkan jumlah pengambilan ayam dalam diet harian kami sebab memang sang ayah suka membeli. Apabila saya ke dapur untuk memastikan ikan yang direndam sudah tidak berais, saya lihat disisinya sudah terendam bungkusan berisi tongkeng ayam... ooo ...memang anak kedua saya benar-benar ingin saya memasaknya. Saya fikir eloklah saya goreng berempah ketongkeng ayam ini seperti gambar di bawah...
Bahan-bahan:
400 gram ketongkeng ayam
4 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
1 batang serai (ditumbuk)
1 sudu kecil ketumbar (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan manis (ditumbuk)
1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji telur
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
minyak
garam
serbuk kunyit
Cara:
Gaul semua bahan yang ditumbuk beserta serbuk kunyit dan garam di dalam mangkuk. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum. Adunkan dengan sebiji telur. Masukkan ketongkeng ayam. Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
Bergedel & Salad
Bergedel atau pergedel ialah sejenis makanan yang dibuat daripada kentang dan daging dan dijadikan sebagai lauk. Kita selalu terjumpa bergedel di dalam soto ayam, soto banjar dan beberapa jenis makanan lain. Sebenarnya bergedel tidak semestinya diperbuat daripada ubi kentang dengan daging. Emak saya pernah membuat bergedel daripada ubi keladi. Oleh kerana anak-anak saya suka makan kentang goreng, emak saya cadangkan cuba buat bergedel untuk sarapan pagi. Ia mengenyangkan, kata emak saya 7 bulan yang lalu ketika kami sama-sama menyiapkan bergedel untuk soto ayam. Oleh kerana sepanjang cuti sekolah ini saya sentiasa berada di rumah, saya cuba luangkan sedikit masa untuk menyiapkan makanan tersebut.
Saya gandingkan bergedel dengan salad campuran. Oleh kerana tujuan membuat bergedel adalah untuk sarapan jadi saya buat besar sedikit daripada bergedil yang dimakan bersama soto. Makan dua biji bergedel sudah rasa kenyang. Sayangnya anak-anak tidak menunjukkan minat untuk menjamah bergedel yang saya buat... tak apalah... yang penting saya sudah berusaha dan cuba mengekalkan makanan tradisi orang tua kita untuk generasi muda... Mari kita lihat apa bahan yang saya gunakan untuk penyediaan sarapan kami pagi ini.
Bergedel
Bahan-bahan:
600 gram ubi kentang
2 sudu besar udang kering (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
1 sudu pati ikan bilis
sedikit garam
daun sup (dimayang halus)
minyak
sebiji telur
Cara:
Kupas ubi ketang. Setiap sebiji potong 4 bahagian. Tabur sedikit garam dan goreng hingga kekuningan. Lecek atau boleh tumbuk hingga halus. Masukkan dalam mangkuk besar dan gaul rata bersama bawang putih, bawang merah, lada putih, udang kering yang telah ditumbuk. Saya masukkan sedikit pati ikan bilis. Terpulang pada cita rasa masing-masing. Ada yang suka masukkan pati ayam. Ada yang masukkan garam sahaja. Jangan lupa masukkan sekali daun sup yang dimayang halus tadi. Panaskan minyak yang agak banyak supaya bergedel tenggelam semasa digoreng. Kacau sebiji telur di dalam mangkuk kecil. Celup setiap bergedel ke dalam telur sebelum menggorengnya. Apabila bergedel berubah kepada warna kekuning-kuningan emas, bolehlah angkat dan toskan.
Bahan-bahan untuk membuat salad:
1 biji mangga masak ranum
1 biji timun muda
1 biji tomato
1/2 biji lobak merah
1 cawan jagung tin
sedikit kismis merah tanpa biji
6 sudu fruit salad dressing
Cara:
Mangga, timun, tomato dan lobak saya potong dadu. Masukkan kesemua bahan bersama jagung dan kismis merah ke dalam mangkuk besar. Tuangkan fruit salad dressing dan gaul. Kalau suka sejukkan dahulu dalam peti sejuk... tapi saya tak suka makanan sejuk...saya makan begitu saja.
* nampaknya saya masih belum lulus membuat bergedel... bila saya telefon emak, dia tanya saya campur kentang dengan apa... emak ingatkan saya kenapa tidak masukkan sedikit jintan dan ketumbar... ha ha ha..
* nampaknya saya masih belum lulus membuat bergedel... bila saya telefon emak, dia tanya saya campur kentang dengan apa... emak ingatkan saya kenapa tidak masukkan sedikit jintan dan ketumbar... ha ha ha..
Selasa, 21 Disember 2010
Ikan Putih (Cupak) Masak Sweet & Sour
Saya berhasrat untuk mengurangkan pengambilan ayam dan daging dalam diet kami sekeluarga. Anak-anak memang paling suka makan ayam goreng. Memang mudah menyediakan ayam goreng tetapi apabila saya menyedari khasiat ikan yang tidak boleh disangkal terutama pengambilan semasa pertumbuhan anak-anak, jadi saya bersama suami sepakat untuk mengurangkan bekalan ayam dalam diet kami. Kajian saintis mendapati ikan merupakan sumber makanan yang penting dalam gizi makanan kita. Zat nutrien yang terdapat di dalamnya boleh mencegah daripada pelbagai penyakit. Masya-Allah, sesungguhnya Allah terlebih dahulu memberi petunjuk dan peringatan tentang khasiat ikan dalam al-Quran sebagaimana firman-Nya:
'Dan Dialah, Allah yang memudahkan keadaan laut, supaya dengan itu kamu dapat daging yang lembut (lahman tariyya) hidup-hidup sebagai makanan kamu.' (Surah al-Nahl 16:14).
Firman Allah s.wt lagi yang bermaksud: 'Dihalalkan bagi kamu tangkapan haiwan laut dan dagingnya sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang yang dalam pelayaran.' (Surah al- Ma'idah 5:96)
Antara lain tentang kehebatan ikan ialah ia mengandungi asid lemak omega 3, mencegah penyakit kardiovaskular, bermanfaat untuk bayi juga untuk sendi dan tulang serta membantu perkembangan otak dan urat saraf dengan berkesan. Selain itu daging ikan juga membantu pembentukan gigi dan gusi yang baik, membuatkan rambut lebih segar serta menguatkan sistem pertahanan badan. Pengambilan ikan yang seimbang turut mengurangkan gejala-gejala penyakit migrain, mengurangkan risiko penyakit lupus, ulcerative colitis dan juga kencing manis. Bagi golongan tua ikan mampu memperlahankan penyakit osteoporosis iaitu tulang ringan dan reput. Ikan: satu anugerah yang tidak ternilai daripada Allah kepada hamba-Nya.
Saya kurang pasti apa nama ikan ni...penjual ikan kata ikan putih. Sya rasa bukan, mungkin ada nama lain misalnya ikan cupak atau cecupak. Suami kata ikan ini sewaktu dengan ikan putih juga... tak kisahlah yang penting ikan seberat 1kg +100 gram ini sudah terbaring dalam sinki dapur saya. Anak-anak pun tentu rasa bosan kalau asyik makan ikan dengan resepi yang sama setiap hari. Jadi saya pun cuba masak ikut hati dan fikiran saya menggunakan bahan-bahan yang seadanya...kononnya masak sweet & sour.
Ikan putih @ cupak sudah terhidang. Kuahnya saya sengaja buat cair sedikit sebab anak-anak memang gemar dengan kuahnya tu...wokey di bawah ini saya perturunkan ilmu memasak ikan putih @ cupak sweet & sour.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan putih @ cupak atau ikan lain yang sesuai
lada benggala warna kuning, merah dan hijau
kiub nenas
1 labu bawang besr
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
bunga kantan
halia muda
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap ABC Heinz
minyak
tepung jagung
garam
gula
Cara:
Bersihkan ikan. (Saya potong 2 sebab nak goreng seekor kuali tak muat.) Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan tepung jagung. Goreng dalam minyak yang banyak dan panas supaya hasilnya cantik dan masak sepenuhnya. Apabila masak, angkat dan toskan. Tumbuk halia, bawang putih, bawang merah dan bunga katan hingga lumat. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tadi. Masukkan sos cili, sos tomato, sos ikan, kicap dan masukkan 1 cawan air panas. Didihkan seketika. Masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkannya. Diikuti dengan cili benggala merah, kuning, hijau dan kiub nenas. Sekiranya kurang manis boleh tambah gula. Jika kurang masam boleh tambah plum sos. Tuangkan sos tadi ke atas ikan.
Genjer Goreng Belacan & Telur Sotong
Mungkin ada yang tidak pernah dengar perkataan 'genjer' apatah lagi melihatnya. Ia sejenis tumbuhan di rawa atau paya dan boleh dijadikan sayuran. Rakan yang belum pernah melihatnya bolehlah renung gambar di bawah ni.... ha... pernah nampak tak? Ada tu...kadang-kadang di tepi parit dekat rumah kita... sama macam daun selom, daun kesum, kangkung liar, remayung dan macam-macam lagi yang tumbuh melata kekadang terpijak oleh kita....
Harga seikat RM1 tapi saya beli 2 ikat untuk hidangan hari ini. Maklumlah sayuran ini nampak saja besar panjang tapi sebenarnya bila dah dimasak jadi sedikit sebab kecut. Sebelum dimasak kenalah potong-potonglah genjer ini ikut suka hati kita, 2 atau 3 inci panjang. Didihkan air dan celur sekejap. Bolehlah kita masak macam masak sayur lain. Saya masak genjer goreng belacan sampur telur sotong. Hari tu belu sotong 2 ekor seberat 1kg. Dua-dua ekor pula penuh telur... jadi telur sotong tu saya temukanlah dengan genjer dalam kuali...
Bahan-bahan:
Secekak batang genjer
250 gram telur sotong + badan sotong
sedikit belacan
tiga biji cili merah
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
pati ikan bilis
minyak
Celur genjer seketika dan toskan. Potong telur dan sotong ikut suka.Tumbuk belacan bersama cili merah, bawang putih dan bawang merah. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk disertai dengan telut dan sotong. Masukkan sayur genjer. Gaul rata dan tambah satu sudu pati ikan bilis. Kalau suka masin boleh tambah sedikit garam.
Isnin, 20 Disember 2010
Kerabu Sotong
Hari ini saya ingin kongsi resepi ciptaan saya iaitu kerabu sotong. Marilah kita sama-sama lihat kerabu sotong saya nih... he he ... ringkas dan cepat...
Cara:
Potong atau hiris semua bahan di atas mengikut suka. Campur kesemuanya dalam mangkuk besar. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam (kalau suka masukkan sos ikan tapi sikit saja sebab dah masin). Tambah sedikit gula dan gaul. Boleh dihidangkan.
Bahan-bahan:
250 gram sotong (celur dan tos)
sebiji mangga masak
sebiji mangga muda
sebiji timun muda
sedikit lobak
daun ketumbar
3 biji lada hijau atau cili padi
sebiji bawang besar
2 biji limau kasturi
garam atau sos ikan
gula
Cara:
Potong atau hiris semua bahan di atas mengikut suka. Campur kesemuanya dalam mangkuk besar. Perahkan air limau kasturi. Masukkan garam (kalau suka masukkan sos ikan tapi sikit saja sebab dah masin). Tambah sedikit gula dan gaul. Boleh dihidangkan.
Ahad, 19 Disember 2010
Udang Mayonis & Sotong Mangga
Pada petang 14 Disember lepas, selesai menghadiri mesyuarat, saya mengajak suami dan anak-anak mencuba resepi makanan laut yang dicadangkan oleh rakan-rakan yang telah menikmatinya kelmarin. Memang sangat berbaloi kerana bukan sahaja rasanya enak tetapi murah dan lebih dari sepatutnya. Mungkin kedudukan restoran tersebut yang agak tersorok, jauh sedikit dari bandar. Para pelanggan hanya memilih ikan segar dan memilih jenis masakan yang diingini. Setiap 100 gram ikan berharga RM3. Kami order seekor ikan siakap seberat 650 gram untuk masakan 3 rasa, seekor ikan putih juga seberat 650 gram untuk masakan sweet and sour, udang goreng mayonis, sotong goreng mangga, sayur baby kailan masak sos tiram, dan sup ketam. Anak-anak order ABC. Oleh kerana makanan datang satu demi satu dan tidak serentak, kami habiskan dahulu ikan. Apabila menyusul udang dan sotong, masing-masing telah kekenyangan. Bagaimanapun pelayan restoran menyarankan kami membawa pulang memandangkan udang dan sotong serta sup ketam belum sempat disentuh. Anak-anak merungut kerana katanya sepatutnya saya memberitahu terlebih dahulu tentang menu tersebut, jadi mereka boleh kosongkan perut dari pagi... menjelang malam mereka berebut memakan sotong dan udang.... Keesokkan petang, selepas saya menamatkan menyuarat untuk hari terakhir, anak-anak mengajak kami makan sekali lagi di restoran tersebut. Kami tidak dapat memenuhi hasrat mereka kerana perjalanan pulang terpaksa mengambil masa selama dua jam setengah dan saya berjanji akan memasak menu yang sama untuk mereka. Hari ini saya tunaikan permintaan anak-anak....
Bahan-bahan:
500 gram udang kertas
5 sudu tepung jagung
3 sudu tepung gandum
1 inci halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil lada putih (ditumbuk)
sebungkus eno
garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji tomato
1 batang lobak
1 biji timun
6 sudu besar mayonis
minyak
Cara:
Bersihkan udang. Tidak perlu buang kulit. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, bawang putih, halia dan lada putih, serbuk kunyit dan garam. Campur dengan sedikit air dan tuangkan serbuk eno ke dalamnya. Panaskan minyak dan salut udang dengan bancuhan tadi. Sementara udang digoreng, potong timun, lobak dan tomato ikut suka. Gaulkan bersama mayonis. Angkat udang goreng dari kuali dan toskan. Susun di atas pinggan dan tuangkan bahan mayonis tadi mengikut cita rasa.
Memandangkan cara menyediakan sotong mangga pun lebih kurang sama dengan goreng udang, saya gunakan bancuhan tepung yang sama untuk mengoreng sotong. Saya cuma sediakan hirisan mangga muda, sedikit bunga kantan dan hirisan bawang besar. Letak di atas sotong goreng dan jika suka tuangkan sedikit sos cili Thai di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.... apalagi...anak-anak dan suami berebut makan udang dan sotong yang rangup ....
Pucuk Ubi Lemak Tempoyak
Ada sedikit tempoyak dalam peti sejuk. Saya ingin menghabiskannya sebelum menjelang tahun baru. Sebenarnya tempoyak ni saya buat sendiri...tak ingat sejak bila tapi masih dalam keadaan baik dan selamat untuk dimakan.
Bahan-bahan:
Secekak pucuk ubi (dicelur)
5 helai daun kunyit muda (dimayang halus)
200 gram udang basah
20 biji petai
15 biji cili padi (ditumbuk)
3 sudu tempoyak
2 cawan santan pekat
kunyit basah (ditumbuk)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
garam
Cara:
Masukkan bawang putih, bawang merah dan cili padi serta kunyit basah yang telah ditumbuk ke dalam periuk. Masukkan sekali tempoyak dan 2 cawan santan pekat. Gaul rata. Masukkan pucuk ubi bersama daun kunyit, udang serta petai. Masak dengan api perlahan.
Sup Campur
Oleh kerana anak-anak saya tidak suka makan sayur, saya terpaksa mencari alternatif lain supaya pengambilan makanan mereka seimbang. Salah satunya ialah dengan menyediakan sup yang mengandungi pelbagai bahan... sekurang-kurangnya mereka hirup juga sup tu... Di bawah ini ialah bahan-bahan yang biasa saya gunakan dalam memasak sup. Saya namakannya sup campur sebab pelbagai bahan saya rebus sekali dalam periuk.
Bahan-bahan:
250 gram kaki ayam (potong 2)
3 biji kentang (belah 2)
1 batang lobak (potong 4 dan belah 2)
3 kuntum cendawan kering (rendam dan belah 2)
15 biji kurma merah (rendam seketika)
1 batang jagung (potong 4)
halia muda (dihiris nipis)
5 ulas bawang putih (dipecahkan)
1 labu bawang besar (belah 4)
sedikit lada putih (ditumbuk)
2 kiub ayam
garam
daun sup (hiasan)
daun bawang (hiasan)
bawang goreng (hiasan)
Cara:
Jerang air dalam periuk. Apabila mendidih masukkan semua bahan kecuali kentang dan bahan hiasan. Setelah kaki ayam masak, masukkan ubi kentang. Tutup periuk dan renihkan dalam tempoh 1/2 jam menggunakan api perlahan. Hidangkan semasa panas dengan hiasan daun sup, daun bawang dn bawang goreng.
Sup campur siap untuk dimakan.
Sabtu, 18 Disember 2010
Ikan Gelama Goreng Sambal Tomato
Ikan gelama goreng sambal tomato ini untuk anak-anak yang tak mahu makan ikan senangin masak rebus.
Cara:
Bahan-bahan:
1 ekor ikan gelama (potong dua bahagian)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 labu bawang besar (untuk hiasan)
2 biji tomato (belah enam)
1 kuntum bunga kantan (belah empat)
5 sudu sambal tomato
1 sudu kecil serbuk kunyit
minyak
garam
Cara:
Lumur ikan gelama dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Ketepikan. Tumis bawang putih dan bawang merah. Setelah naik bau, masukkan sambal tomato, bunga kantan dan hirisan tomato serta bawang besar. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Boleh letak sedikit garam jika kurang masin. Tuang ke atas ikan gelama goreng tadi. Siap untuk dihidangkan.
Ikan Senangin Masak Singgang
Untuk mendapatkan diet yang sihat baiklah kita kurangkan pengambilan makanan yang berminyak. Hari ini saya memilih untuk memasak rebus singgang ikan senangin. Apabila mendengar saya akan masak rebus ikan, anak-anak berteriak tidak mahu makan ikan rebus. Di bawah ini ada 2 ekor ikan. Yang besar panjang sedikit itu ikan senangin dan yang seekor lagi ikan gelama untuk anak-anak yang tak mahu makan ikan senangin masak rebus @ singgang.
Di bawah ini ialah hasil masak singgang saya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan senangin (anggaran 400 gram)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 batang serai (dititik)
10 biji cili padi (dipecahkan)
5 helai daun limau purut (buang urat)
2 keping asam gelugor
1 sudu kecil serbuk kunyit
7 biji kacang bendi
2 biji tomato (potong ikut suka)
garam
Cara:
Panaskan 4 cawan air dalam periuk. Masukkan kesemua bahan kecuali ikan, daun limau purut, tomato dan kacang bendi. Setelah mendidih masukkan ikan dan daun limau purut. Biarkan seketika sehingga ikan masak. Masukkan tomato dan bendi. Sedia untuk dihidangkan.
dalam Ikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan