Khamis, 21 Februari 2013

CARA2 BUAT PAU BERINTI KAYA....


RESEPI: KUEH PAU BERINTI KAYA

 
 
 
 
 
 
15 Votes


Pau yang menjadi makanan kesukaan kaum Cina dari warung tepi jalan, kini telah menjadi kueh yang amat digemari oleh setiap kaum di Malaysia.  Inilah unik negara ini yang berbilang kaum dan tradisi. Kebudayaan Makanan di negara ini tercapai perpaduan yang begitu erat daripada rakyatnya. Kedaan ini berlaku mungkin di sebabkan ahli politik belum lagi masuk campur dalam hal makanan di negara ini. Kueh Pau ini berasal dari Yunan (utara Negara Myanmar sekarang). Nama Cinanya digelar “Man Tau” yang bermaksud ketua orang barbar atau babarian. Pau sekarang ini mempunyai berbagai-bagai inti seperti udang, ayam, daging, sayur, kacang merah, kacang hijau, kelapa, kaya, cream dan ada juga inti pau yang gunakan putih telur dengan isi oren segar. Dalam resipi  sini kita gunakan kaya sebagai inti. Sila ikuti cara menyediakan kaya di blog ini.
Cara Membuat Doh Kueh Pau.
6 cawan (cup) tepung Gandum biasa berprotein. (tepung khas Pau harganya mahal ).
3/4 cawan air suam.
1/4  cawan gula pasir.
1 paket Yis Segera (11gm)/ satu audu besar.
1 sudu besar Serbok Penaik (Baking Powder).
1/2 sudu kecil soda (Soda Bikarbonat).
2 sudu besar lemak sayur (shortening) atau Magarine biasa boleh digunakan tetapi warna pau akan kekuningan sedikit.
Cara-Cara:
1. Larutkan gula kedalam air suam hingga larut.
2. Masukkan Yis segera kedalam Air suam yang telah gula larut. Biarkan Yis  segera bertindak balas selama 10 minit.
3. Dalam bekas tepung masukkan serbok penaik dan bikarbonat soda dan sebatikan dengan tepung gandum.
4. Masukkan Magarine atau shortening kedalam tepung dan sebatikan. Masukan air suam campuran gula dan yis kedalam tepung.
5. Adunkan tepung sehingga tepung tidak terlekat pada tangan. Jadikan Doh. Doh perlu diuli dengan baik dan keras untuk pau yang lembut.
6. Tutup doh itu dengan tudung atau pun kain bersih yang lembab. Biarkan doh selama 2 jam untuk doh kembang 2 kali ganda dari size asal.
7. Jadikan doh itu bebola size roti canai. Letakkan bebola ke atas papan golek dan taburkan sedikit tepung supaya tak melekat dan leperkan ketebalan lebih kurang 5mm. Ambil doh yang telah leper dan letakan di tapak tangan anda.  Masukkan inti kaya ditengah doh dan cantumkan doh yang telah diisi inti supaya inti tertutup. Cekup doh yang berlebihan di bahagian cantuman di atas. membulatkan kembali dengan cermat. Permukaan yang cantuman adalah bahagian bawah pau semasa di masak. Lembabkan bahagian cantuman doh  dgn air dan lekatkan kertas putih yang telah tersedia potong. Pau anda boleh disusun kedalam bekas kukus.
8. Masak air dalam bekas kukus. Tunggu sehingga air mendidih dan keluarkan wap. Pau sedia untuk kukus. Kukus selama 20 minit. Jangan kukus lama, warna pau akan bertukar kekuningan. Inti pau  anda bertukar kehendak kesukaan anda. Pau anda telah sedia. Kebisaan 25 biji pau boleh terhasil. Selamat mencuba. Seperti biasa kalau ada masalah e-mailkan masalah anda selepas mencuba kepada: mohd.roslan99@gmail.com
Nota: Sekiranya menggunakan kukus Alluminium tentukan bahagian permukaan dalam tudung bekas kukus (ia itu di antara  permukaan bawah tudung kukus dan susunan Pau),  alaskan dengan  kain lembab supaya wap dari permukaan dalam tudung tidak merosakan pau yang sedang masak. Wap air ini juga akan meroskan permukaan pau tidak licin dan mengerutu.

PAU GEBU LEMBUT


PAU GEBU MONTOK TEMBAM.....LEMBUTTT!!

P1300076
Assalammualaikum, salam malam, semua. Malam ni mat nak kongsi resipi pau mudah yang hasilnya begitu lembut, gebu dan montel, lembutt pulak tu. Plan nak buat semalam, tapi atas sebab2 tertentu yang memang tidak boleh dielakkan, tertinggallah hasrat ku nak mengepau. Hari ni memang nekad, buat juga, walaupun masa ketat, mat tak kira. Pagi2 buat dia nya inti dulu. Mat buat ala2 inti karipap saja, kalau tengok Kak Ida buat dia guna daging ayam..kat sini... Mat guna tepung pau, kalau resipi kat blog kak ida untuk 1 kg, tapi mat buat 1/2 kg saja itu pun dapat 15 biji kueh pau yang gebu dan montok2..

Pau dia memang lembut dan bahan2 dia pun ringkas. Inti tu terpulang pada anda samada nak manisan atau savory. Adunan doh dia lembut sedikit dan perlu ditabur sedikit tepung dimeja kerja anda. Oh yea..tau tak, mat kukus pau tu guna alat pengukus elektrik, ianya mudah praktikal dan kemas, letak kat dapur nampak comey saja. Jika anda berminat untuk mendapatkannya, boleh lah singgah di sini...dan anda boleh hubungi nombor telefon diblog tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kukus yang praktikal ini....


BAHAN-BAHAN INTI :-)
2 biji kentang saiz sederhana, kupas dan dadu kecil, rebus hingga empuk dan toskan
1 cawan isi ayam yang dipotong kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1/2 camca besar rempah kurma
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk lumat)
Garam dan gula secukup rasa
1 tangkai daun kari
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

BAHAN DOH PAU :-)
500 gram tepung pau (boleh beli dipasaraya dan kedai2 runcit)
1/2 cawan gula halus
1/4 cawan minyak jagung
1 1/4 cawan air
6 gram instant yeast

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, daun kari, kayu manis, bungalawang, bawang putih + halia hingga harum. Masukkan rempah kari + rempah kurma, kacau dan tuang air. Masukkan ayam dan kacau. Tambah kentang, gaul rata. Biar mendidih dengan api kecil.Bila inti pekat, tambah gara, secukup rasa dan secubit gula. Kacau hingga rata dan kering, masukkan hirisan daun bawang, gaul rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Sejukkan.
  2. UNTUK DOH :- Satukan gula dengan air, kacau hingga gula larut. Masukkan yeast dalam tepung, gaul rata. Tuang minyak dan gaul hingga sebati. Tuang bancuhan air + gula tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga mendapat doh yang tidak melekat dimangkuk. Keluarkan doh, tabur sedikit tepung dan uli 10 - 15 minit hingga mendapat doh yang kenyal. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk doh dan tekan ON. Selepas 30 minit, boleh keluarkan doh dari breadmaker.
  3. UNTUK PAU GEBU MONTOK TEMBAM :- Keluarkan doh, bagi doh pada beberapa bahagian yang setiap satu beratnya kurang lebih 65 gram, bulat2kan. Ambil ia bahagian, leperkan dan isi dengan 1 camca besar inti, tutup kemas dan bulat2kan. Letak atas kertas pau atau paper cup saiz besar. Buat kaedah sama pada baki adunan. Biar naik selama 30 - 40 minit. Kukus selama 10 - 15 minit dengan api besar. Sejukkan sebentar sebelum dihidangkan.

PAU AYAM


pau ayam yang gebu lagi tembam...

salam,
bestkan title entri akak kali ni...pau ayam yang gebus lagi tembun/tembam...orang perak kata tembam tu tembun....betul tak? hehe....

oklah ni kkida share resepinya....asal usul resepi ni kkida ciplak dari mauripan instant yeast packaging aje...
jika beli yeast mauripan satu kotak, kat dalam tu ada disertakan beberapa resepi untuk roti dsbnya....

ini adalah resepi untuk pau...dan tepungnya kkida guna tepung pau brand blue key...

bahan-bahannya
1kg tepung pau blue key
1 paket 11g mauripan yeast
1 cawan gula putih halus
1/2 cawan minyak jagung...kkida guna minyak sunflower n olive (mix)
2 1/2 cawan air

caranya
1) larutkan gula dalam air
2) gaul rata tepung dan yeast dalam mangkuk mixer
3) masukkan minyak ke dalam tepung
4) dengan mengguna hook menguli, gaul tepung perlahan-lahan sambil tuangkan campuran air kedalam tepung
5) gaul adunan dengan kelajuan perlahan selama 3 minit hingga doh menjadi seketul dan tiada yang melekat pada mangkuk adunan
6) letakkan doh pau ke atas papan/dulang dan uli selama 10 ke 15 minit dengan tangan hingga doh menjadi licin dan kenyal
7) timbang doh menjadi bebola kecil seberat 60-70g setiap satu...ketepikan doh selama 10 ke 15 minit
8) leperkan doh dan isikan intinya...tutup dan bulatkan doh cantik-cantik atau anda boleh bentuk doh ikut bagaimana yang anda suka...
9) biarkan doh selama 30 minit atau hingga ia betul-betul kembang dan gebu...
10) susun  pau dalam bekas kukus dan kukus selama 10 ke 15 minit pada suhu yang tinggi... 
inti pau ni sebenarnya terpulang kepada pilihan anda...untuk pau kali ni kkida guna isi ayam...

4 keping dada ayam...buang kulit dan potong kecil-kecil
3 sudu besar sebuk kari ayam + 1 sudu besar serbuk rempah kurma + 1 sudu besar cili blender...campur air sikit untuk jadikan pes (seperti masak kari)
tumbuk 3 ulas bawang merah dan 3 ulas bawang putih dan seinci halia...selain tu sediakan daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang

panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang tumbuk, daun kari dan kayu manis/lawang
bila dah wangi masukkan pes rempah tadi dan biarkan didih sebentar, kemudian masukkan ayam, garam, gula dan perisa...kacau hingga betul-betul kering...angkat dan sejukkan....isikan dalam doh pau...
hmmm....sedap nampakkan....memang sedap...tambah kkida yang buat....hehe....:)

CARA2 BUAT KUIH PAU...


pau inti daging sedap

20120421_161059
resepi ini dari mamy saya...pau yang kat atas nie saya belum kukus lagi.

Created on : 09-06-2012


 

Bahan-bahan ( mungkin boleh dapat dalam 15 biji. )

  • bahan untuk doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/4 sudu teh yis
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/4 air suam
  • bahan untuk inti:
  • 250 gm daging cincang
  • 2 biji kentang.dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar. dipotong dadu kecil.
  • sepeket kecil/agak2 serbuk kari.

Cara-cara

  1. untuk inti daging:
  2. tumis bawang tang dipotong dadu hingga wangi.
  3. masukkan rempah kari dan tumis rempah kari hingga wangi.
  4. masukkan daging cincang, kentang dan air. dan biarkan sampai kentang empuk dan masak sepenuhnya.
  5. masukkan garam,gula secukup rasa. masak hingga kering..
  6. untuk doh pau:
  7. larutkan gula dalam air suam.
  8. satukan tepung, yis, dan minyak jagung.
  9. tuangkan air gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan uli menjadi doh.
  10. bahagikan kepada 15 bahagian..letak diatas piring yang ditaburi tepung.biar 10 minit.
  11. kemudian bulatkan doh dan leperkan.isi kan inti.dan bulatkan menjadi seperti pau. lapiskan dengan kertas minyak.biar 30 minit/ hingga naik.
  12. setelah air kukus mendidih.kukus pau selama 10 minit dengan api yang besar. jangan buka pengukus sehingga pau masak.sedia dihidangkan.

NASI LEMAK KUKUS


nasi lemak kukus [지방 찐 쌀]

Nasi_lemak_kukus2
tips bagi menapakkan nasi lebih menarik,boleh campurkan satu sudu besar minyak masak dalam santan semasa memasak nasi lemak kukus.

Created on : 18-11-2011


 

Bahan-bahan ( 1 periuk )

  • 1 kilogram beras AAA
  • 1 liter cawan santan [5 cawan santan]
  • 3 helai daun pandan [dikoyakkan dan simpul]
  • 3 keping hirisan halia
  • 3 ulas bawang merah [dimayang]
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula [sekiranya suka]

Cara-cara

  1. basuhkan beras dan toskan.
  2. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan.
  3. pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit.
  4. apabila sudah masak,hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis,telur rebus, ikan bilis goreng,dan kangkung rebus.

NASI LEMAK KUKUS


Nasi lemak kukus

Nasi_lemak_kukus
Hidang bersama sambal tumis ikan bilis, telur rebus, kacang goreng, ikan bilis goreng, timun dan sayur kangkung. Dan makanlah masa korang betul-betul lapor. hehehe

Created on : 23-03-2007


 

Bahan-bahan ( 4 @ 5 org )

  • 5 cawan beras
  • 2 biji pati santan
  • 3 helai daun pandan
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Didihkan air dalam pengukus. Basuh beras dan kukus dalam pengukus selama 20 minit atau beras separuh masak. Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sekurang-kurangnya 3-4 jam supaya beras memanjang 2 kali ganda.
  2. Tukar air selalu jika perlu penyejukan lebih cepat. Setelah itu, kukus semula beras yang telah memanjang tadi hingga masak atau lebih kurang 15 minit. Keluarkan nasi yang telah masak dan gaul bersama santan yang telah dicampur garam dan biar seketika atau 10 minit supaya santan menyerap masuk dalam beras. Akhir sekali, kukus lagi sekali bersama daun pandan hingga nasi kelihatan berderai, cantik dan santan yang terserap tadi masak.
  3. Tambahan: Semasa mengukus, lubangkan dengan jari beras tersebut supaya masak serata. Sekiranya hendak makan pada pagi, kukus dan rendam pada waktu malam sebelum. Lebih lama rendam, lebih panjang beras. Nasi lemak kukus ini lebih sedap dari yang ditanak biasa dan lebih untung kerana tiada kerak.

NASI KUKUS


Nasi kukus

N4
resipi dari kedai makan

Created on : 22-07-2009


 

Bahan-bahan ( dua tiga org makan,terpulang pada kuantitinya )

  • beras
  • air
  • bekas nasi kukus
  • lauk pauk yang dah siap

Cara-cara

  1. N
     sediakan bekas nasi kukus dan sambil tu bersihkan beras
  2. N1
     isikan beras yg telah bersih td sehingga lebih kurang 3/4 kedalam bekas itu.
  3. N2
     isikan air kedalam bekas tersebut sehingga penuh
  4. kemudian kukus nasi ini didalam periuk pengukus,sebelum tu air didalam periuk pengukus ini hendaklah mendidih dulu.
  5. N3
     kukus nasi ini selama lebih kurang 30minit.ini la rupa nya apabila nasi dah masak
  6. telangkupkan bekas nasi,biasa nasi akan tertanggal dari bekas dengan sendirinya apabila ia panas2....kalau tak tanggal,gunakan sudu untuk tanggalkannya...
  7. makan la dengan lauk pauk yang telah siap...biasanya nasi kukus sedap dimakan dengan lauk kari dan ayam goreng berempah...