Khamis, 21 Februari 2013

CARA2 BUAT PAU BERINTI KAYA....


RESEPI: KUEH PAU BERINTI KAYA

 
 
 
 
 
 
15 Votes


Pau yang menjadi makanan kesukaan kaum Cina dari warung tepi jalan, kini telah menjadi kueh yang amat digemari oleh setiap kaum di Malaysia.  Inilah unik negara ini yang berbilang kaum dan tradisi. Kebudayaan Makanan di negara ini tercapai perpaduan yang begitu erat daripada rakyatnya. Kedaan ini berlaku mungkin di sebabkan ahli politik belum lagi masuk campur dalam hal makanan di negara ini. Kueh Pau ini berasal dari Yunan (utara Negara Myanmar sekarang). Nama Cinanya digelar “Man Tau” yang bermaksud ketua orang barbar atau babarian. Pau sekarang ini mempunyai berbagai-bagai inti seperti udang, ayam, daging, sayur, kacang merah, kacang hijau, kelapa, kaya, cream dan ada juga inti pau yang gunakan putih telur dengan isi oren segar. Dalam resipi  sini kita gunakan kaya sebagai inti. Sila ikuti cara menyediakan kaya di blog ini.
Cara Membuat Doh Kueh Pau.
6 cawan (cup) tepung Gandum biasa berprotein. (tepung khas Pau harganya mahal ).
3/4 cawan air suam.
1/4  cawan gula pasir.
1 paket Yis Segera (11gm)/ satu audu besar.
1 sudu besar Serbok Penaik (Baking Powder).
1/2 sudu kecil soda (Soda Bikarbonat).
2 sudu besar lemak sayur (shortening) atau Magarine biasa boleh digunakan tetapi warna pau akan kekuningan sedikit.
Cara-Cara:
1. Larutkan gula kedalam air suam hingga larut.
2. Masukkan Yis segera kedalam Air suam yang telah gula larut. Biarkan Yis  segera bertindak balas selama 10 minit.
3. Dalam bekas tepung masukkan serbok penaik dan bikarbonat soda dan sebatikan dengan tepung gandum.
4. Masukkan Magarine atau shortening kedalam tepung dan sebatikan. Masukan air suam campuran gula dan yis kedalam tepung.
5. Adunkan tepung sehingga tepung tidak terlekat pada tangan. Jadikan Doh. Doh perlu diuli dengan baik dan keras untuk pau yang lembut.
6. Tutup doh itu dengan tudung atau pun kain bersih yang lembab. Biarkan doh selama 2 jam untuk doh kembang 2 kali ganda dari size asal.
7. Jadikan doh itu bebola size roti canai. Letakkan bebola ke atas papan golek dan taburkan sedikit tepung supaya tak melekat dan leperkan ketebalan lebih kurang 5mm. Ambil doh yang telah leper dan letakan di tapak tangan anda.  Masukkan inti kaya ditengah doh dan cantumkan doh yang telah diisi inti supaya inti tertutup. Cekup doh yang berlebihan di bahagian cantuman di atas. membulatkan kembali dengan cermat. Permukaan yang cantuman adalah bahagian bawah pau semasa di masak. Lembabkan bahagian cantuman doh  dgn air dan lekatkan kertas putih yang telah tersedia potong. Pau anda boleh disusun kedalam bekas kukus.
8. Masak air dalam bekas kukus. Tunggu sehingga air mendidih dan keluarkan wap. Pau sedia untuk kukus. Kukus selama 20 minit. Jangan kukus lama, warna pau akan bertukar kekuningan. Inti pau  anda bertukar kehendak kesukaan anda. Pau anda telah sedia. Kebisaan 25 biji pau boleh terhasil. Selamat mencuba. Seperti biasa kalau ada masalah e-mailkan masalah anda selepas mencuba kepada: mohd.roslan99@gmail.com
Nota: Sekiranya menggunakan kukus Alluminium tentukan bahagian permukaan dalam tudung bekas kukus (ia itu di antara  permukaan bawah tudung kukus dan susunan Pau),  alaskan dengan  kain lembab supaya wap dari permukaan dalam tudung tidak merosakan pau yang sedang masak. Wap air ini juga akan meroskan permukaan pau tidak licin dan mengerutu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan