Khamis, 21 Februari 2013

BELAJAR BUAT CAKOI


Tuesday, May 31, 2011

Cakoi Dan Sos Manis



Assalamualaikum. Bersiaran lagi dipagi yang sepoi2 sejukkk ni. Anak2 pun baru jerk bangun dari tido...hmmm..sedapp tido dalam cuaca sejuk gini.......
Untuk hari ni, meh layan Cakoi dan Sos Manis yang sangat best ni. Nampak Izahdaut buat ari tu...jadi teringin lak mencubanya, jadi Mas buat Cakoi dan Sos Manis ni untuk sarapan semalam. Jadi dah abiss yerk...kita cuci mata jerk..mana2 yang berkenan...boleh mencuba cakoi ni....terbaik tau.....sangat best.....lembut jerk cakoi ni.....sangat best bila dicicah ngan Sos Manis tu...untuk Sos Manis tu Mas buat pekat sikit sebab nak sos tu melekat banyak kat cakoi tu...kikikiki....kiranya Mas tambah lagi 1/2 sudu jerk tepung kastard tu....
Untuk tekak yang pedas, cakoi ni best dicicah ngan sambal atau kari..jadi terpulang pada selera masing2 yerk...resepi asal datangnya dari MamaFami dan telah dicuba oleh Kak Azura Rahman. Terima Kasih pada semua....

Cakoi 
Resepi Asal : MamaFami
Sumber : Kak Azura Rahman
Copy n Paste : Izahdaut
Bahan :
  • 400 g tepung - diayak
  • 1 cawan air
  • 1 sudu besar majerin - dicairkan
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu pekat manis
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu kecil yis segera
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya :
  1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
  3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
  4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
  5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
  6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
  7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
  8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.
Nota :
  • Mas dan Izah uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM.

Sos Manis
Resepi : Izahdaut
Bahan :
  • 1 1/2 sudu makan tepung kastard
  • 1 cawan susu segar
  • 3 - 4 sudu besar susu pekat manis
  • sedikit pandan paste
Cara membuatnya :
  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
  2. Masak atas api sederhana. Kacau selalu dengan menggunakan whise sehingga sedikit pekat-pekat manja.
  3. Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan