Khamis, 21 Februari 2013

CARA2 BUAT KUIH PAU...


pau inti daging sedap

20120421_161059
resepi ini dari mamy saya...pau yang kat atas nie saya belum kukus lagi.

Created on : 09-06-2012


 

Bahan-bahan ( mungkin boleh dapat dalam 15 biji. )

  • bahan untuk doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/4 sudu teh yis
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan minyak jagung
  • 1 1/4 air suam
  • bahan untuk inti:
  • 250 gm daging cincang
  • 2 biji kentang.dipotong dadu
  • 1 labu bawang besar. dipotong dadu kecil.
  • sepeket kecil/agak2 serbuk kari.

Cara-cara

  1. untuk inti daging:
  2. tumis bawang tang dipotong dadu hingga wangi.
  3. masukkan rempah kari dan tumis rempah kari hingga wangi.
  4. masukkan daging cincang, kentang dan air. dan biarkan sampai kentang empuk dan masak sepenuhnya.
  5. masukkan garam,gula secukup rasa. masak hingga kering..
  6. untuk doh pau:
  7. larutkan gula dalam air suam.
  8. satukan tepung, yis, dan minyak jagung.
  9. tuangkan air gula sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung dan uli menjadi doh.
  10. bahagikan kepada 15 bahagian..letak diatas piring yang ditaburi tepung.biar 10 minit.
  11. kemudian bulatkan doh dan leperkan.isi kan inti.dan bulatkan menjadi seperti pau. lapiskan dengan kertas minyak.biar 30 minit/ hingga naik.
  12. setelah air kukus mendidih.kukus pau selama 10 minit dengan api yang besar. jangan buka pengukus sehingga pau masak.sedia dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan