Khamis, 21 Februari 2013

NASI LEMAK KUKUS


nasi lemak kukus [지방 찐 쌀]

Nasi_lemak_kukus2
tips bagi menapakkan nasi lebih menarik,boleh campurkan satu sudu besar minyak masak dalam santan semasa memasak nasi lemak kukus.

Created on : 18-11-2011


 

Bahan-bahan ( 1 periuk )

  • 1 kilogram beras AAA
  • 1 liter cawan santan [5 cawan santan]
  • 3 helai daun pandan [dikoyakkan dan simpul]
  • 3 keping hirisan halia
  • 3 ulas bawang merah [dimayang]
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula [sekiranya suka]

Cara-cara

  1. basuhkan beras dan toskan.
  2. masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak hingga beras sebati dengan santan.
  3. pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan hingga naik wap selama 30 minit.
  4. apabila sudah masak,hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis,telur rebus, ikan bilis goreng,dan kangkung rebus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan